Kredibili terjemahan nota yang dikatakan 'wasiat terakhir mendiang Teoh Beng Hock dipersoalkan hari ini apabila jurubahasa mahkamah berkata beliau menterjemahkannya menggunakan Google Translate .

teoh beng hock note 200910 01 Ini diakui oleh Ting Chin Kin, 23, yang berkata beliau tidak

menggunakan rujukan terjemahan profesional, ketika disoal balas oleh Gobind Deo Singh, peguam untuk keluarga Teoh.

Nota itu yang dikemukakan sebagai bahan bukti hari ini, hanya diberitahu kepada keluarga Teoh dan peguam kerajaan Selangor bulan lepas, walaupun ia ditemui oleh pegawai penyiasat pada 7 Oktober tahun lalu.

Nota, yang berbunyi seperti permohonan maaf yang ditujukan kepada bos Teoh - Ean Yong yang juga exco kerajaan Selangor - ditemui dalam beg Teoh yang ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor  di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, di mana dia disoalsiasat pada malam sebelumnya, sebelum dijumpai mati di tingkat lima pada 16 Julai.

Nota diserahkan kepada Ting, yang mempunyai "hampir satu tahun pengalaman"  dalam bidang tersebut, pada 4 September, berbunyi:

teoh beng hock note 200910 02

Ean Yong, Dalam keadaan tak menyalin fail dalam komputer saya mereka telah ambil komputer. Mereka asyik menyalahkan kamu. Minta maaf. Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu.

Saya kata 'mendapat kelulusan YB'. Mereka berdegil menaip menjadi 'mengikut arahan YB'. Saya tak dapat membantu kamu, maaf. Minta maaf. Saya amat penat. Selamat tinggal.

Gobind menyoal jurubahasa itu berhubung terjemahan Zai Jian , yang diterjemahnya bermakna 'selamat tinggal' , dan memintanya membacakan terjemahan dari dua kamus Cina-Inggeris yang menterjemahkannya sebagai 'bertemu lagi'.

Ting mengakui kedua-dua makna itu boleh digunakan. Beliau juga bersetuju dengan Gobind, bahawa perkataan yang digunakan untuk bermaksud  berdegil, yang menurut peguam itu boleh bermaksud yang kekerasan fizikal telah digunakan.

Ketika disoal balas oleh ketua pasukan pendakwaraya SPRM, Abdul Razak Musa (kiri), Ting bagaimanapun berkata beliau membacanya sebagai bermaksud berkeras untuk menaip.

Ting juga bersetuju dengan Razak bahawa penulis tidak menyebut mengenai dicederakan secara fizikal.

Nota itu pada awalnya tidak disenaraikan sebagai bahan bukti oleh pegawai penyiasat Ahmad Nazri Zainal.

Dalam keterangannya pagi itu, Ahmad berkata beliau tidak menyenaraikan banyak barangan peribadi dalam beg tersebut kerana menganggapnya "bernilai kecil".

Barangan yang disenaraikan termasuk Mykad milik Teoh, pengecas bateri kamera digital dan kad pelanggan  Tesco.

Turut ditemui ialah VCD, air mineral air, aksesoris komputer, buku nota dan beberapa keping kertas.

Nota dan barang yang tidak senaraikan sebelum ini hanya direkodkan pada 7 Oktober 2009 bersama dengan beberapa barangan, termasuk nota 'misteri' itu yang kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk pemeriksaan.

Barangan ini sebelumnya disimpan dalam sebuah kabinet berkunci di pejabat Ahmad Nazri.

Gobind telah meminta jurubahasa mahkamah yang menyediakan terjemahan nota itu dipanggil memberi keterangan apabila inkues itu bersambung pada jam 2 petang.

"Dia sekarang bertugas di Mahkamah Tinggi Jika dia bersetuju dengan cadangan kami, maka tidak perlu bagi kita untuk memanggil jurubahasa kami sendiri," katanya.

Ahmad Nazri - dalam keterangannya pagi tadi - berkata pegawai SPRM, Zurinawati Zulkifli - yang memaklumkan kepadanya mengenai beg tersebut - enggan menandatangani satu borang penyerahan kerana dia tidak ditugaskan dalam kes di mana Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.

Katanya, Zurinawati memberitahunya bahawa pegawai SPRM yang mengendalikan kes itu, Mohd Anuar Ismail yang tidak ada pada waktu itu, sebelum ini telah membawa beg itu ke pejabatnya.

Bagaimanapun, Ahmad Nazri berkata, ketika melihatnya, beg itu terletak di atas sebuah sofa di luar pejabat seorang pegawai lain.

Beg hitam dan kandungan utamanya telah dikemukakan sebagai bahan bukti hari ini.

Ahmad Nazri juga memberitahu inkues tersebut bahawa beliau mendapati sebuah tingkap di tingkat 14 terbuka dan pemegangnya tidak ada dan nampak seperti telah patah.

Mayat Teoh berada di bawah jendela itu dan pasukan forensik tiba pada jam 4 petang, katanya.

Ketika menyambung keterangannya selepas waktu rihat, Ahmad Nazri berkata pasukan forensik Bukit Aman melakukan ujian ultra-violet dalam bilik Teoh disoalsiasat, di tingkap dan tandas di tingkat 14 pada 19 Julai 2009 tetapi tidak menemui kesan darah.

Ahmad Nazri berkata beliau menyedari tentang pentingnya nota tersebut selepas perbualan dengan seorang pakar psikiatrik di Hospital Permai, yang telah membantu menjalankan ujian psikologi untuk keluarga Teoh. Beliau memberitahunya (Ahmad Nazri) bahawa orang yang membunuh diri biasanya meninggalkan nota.

Katanya, beliau kebetulan menemui nota itu ketika menyusun semua bahan bukti ketika membuat persiapan untuk memberi keterangan.

Ahmad Nazri kemudiannya meminta seorang inspektor polis Cina untuk menterjemah nota tersebut, sebelum memaklumkannya kepada pegawai atasannya dan kemudian menghantar nota itu ke jabatan kimia.

Katanya, beliau hanya hanya menyedari pentingnya nota itu pada 7 Oktober dan menghantarnya ke Jabatan Kimia pada 9 Oktober.

Pada jam 3.45 petang, Ahmad Nazri selesai memberi keterangan dan jurubahasa mahkamah Ting Chin Kin, 23, pula dipanggil.

[Baca berita penuh]