EKSKLUSIF Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mungkin bukan seorang ahli politik - yang ditarik dari dunia korporat untuk menyertai Kabinet - tetapi yang pastinya, beliau bijak mengelak menjawab soalan.

idris jala interview 200910 04 Dalam peranannya sebagai 'jurujual' dan pendukung rangka kerja perubahan Perdana Menteri, CEO Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) ini menggunakan carta dan analogi untuk mengulas isu-isu yang dibangkitkan.

Ada masanya meyakinkan, manakala gayanya ala penceramah motivasi/pelatih korporat' juga umpama perjalanan dalam awan. Idris cepat menegaskan bahawa tugas harian PEMANDU berpijak kukuh di dunia nyata.

"(Misalnya), contoh buku teks mengenai jenayah akan menyebut 'guna teknologi untuk mengurangkan jenayah jalanan'  tapi kita tidak mengatakan demikian - kita (melakukannya), kami memasang 496 CCTV (televisyen litar tertutup) di 50 lokasi yang dikenalpasti," katanya.

"... satu lagi sebab mengapa kami bukan 'buku teks' ialah kerana cadangan (projek) tidak ditulis oleh kami."

Mandat PEMANDU ialah untuk mentransformasi kerajaan dan ekonomi - menukar kerajaan dan ekonomi. Bagi Idris, satu-satunya cara untuk

melaksanakan projek sebesar itu adalah dengan melakukannya 'sedikit demi sedikit'.

economic transformation programme 210910 greater kl model Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang dilancarkan hari ini, membuka jalan bagi negara untuk memenuhi sasaran 6 peratus pertumbuhan ekonomi dan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

PEMANDU telah mengenalpasti 131 projek titik masuk (EPP) yang akan menyumbang  sejumlah AS$138 bilion kepada pendapatan negara kasar, seterusnya mencecah AS$523 bilion pada tahun 2020.

Idris berkata semua 131 EPP itu akan dimulakan oleh sektor swasta dan jabatannya hanya akan "memudahkan" komunikasi antara syarikat swasta dengan perkhidmatan awam.

"Bila kami meletakkan semua orang bersama-sama (kami menyedari bahawa) kurang komunikasi (yang telah menyebabkan kelembapan pelaburan swasta di Malaysia).

"Sekiranya anda tidak membawa (pihak swasta dan kakitangan awam dalam bilik yang sama), anda akan mempunyai situasi yang sama di mana syarikat-syarikat terpaksa pergi dari satu jabatan ke jabatan lain untuk mendapatkan kelulusan. Itu boleh memakan masa yang lama dan sangat mengecewakan," katanya.

[Baca berita penuh]