Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berpendapat kenyataan 'sokongan' Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap dua pemimpin Kelantan yang bertanding jawatan naib presiden tidak mempengaruhi perwakilan.

pengerusi jawatankuasa pemilihan parti Datuk Abdul Halim Abd Rahman Malah katanya, kenyataan seumpama itu mungkin membawa ‘padah’ kepada calon berkenaan.

"Terserah kepada pengundi (untuk membuat pilihan). Tidak semestinya kenyataan (beliau) mempengaruhi perwakilan.

"Kadang-kadang jadi 'backfire' kepada calon. Perwakilan tak setuju, dia tak mahu," katanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak fikir bahawa perwakilan akan mengangkat kedua-dua calon tersebut daripada Kelantan berdasarkan kenyataan Nik Aziz itu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat parti, Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengakalan Chepa berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana pemimpin untuk berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sokongan kepada mana-mana calon.

"Saya tidak bimbang, saya kenal Nik Aziz. Ia tidak mempengaruhi perwakilan.

NONE "Perwakilan ini cerdik dan bijak. Saranan akan ditapis walaupun daripada mursyidul am, dia (perwakilan) tidak telan bulat-bulat," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan yang menyokong hasrat Husam dan Mohd Amar bertanding jawatan naib presiden bagi membolehkan PAS Pusat mempunyai pemimpin dari Kelantan.

Timbalan - tiga penjuru

Mengulas lanjut, Abdul turut mengesahkan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan timbalan presiden dan enam calon bagi jawatan naib presiden.

Bagi calon timbalan mereka adalah bekas naib presiden Mohamad Sabu, penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

azlan Manakala jawatan naib presiden, calon-calonnya adalah dua exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah, dua penyandangnya - Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Dua lagi calon adalah menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ketua penerangan Idris Ahmad.

Ditanya sama ada pemilihan bagi jawatan timbalan dan naib presiden paling sengit tahun ini, Abdul Halim berkata:

"Saya setuju paling sengit dalam pemilihan di muktamar kerana ada nama-nama besar dan popular".

azlan Dengan memberi contoh antaranya seperti Mohamad Nizar, Mahfuz,  Husam, Salahudin yang disifatkannya sebagai pemimpin parti yang hebat.

Ditanya mengenai  wujudnya dakwaan "unsur-unsur luar" yang mempengaruhi perwakilan, Abdul Halim berkata bahawa beliau "tidak nampak" wujudnya perkara tersebut.

"Sama ada dari PKR atau DAP atau dari NGO. Belum ada asasnya. Calon-calon ini pun tidak ada unsur-unsur daripada luar. Semuanya daripada PAS.

"PAS ada tahaluf, tidak bermakna kemesraan itu akan dipengaruhi. Dia ada pandangan-pandangan tersendiri," katanya.

Nasruddin menang tanpa cabaran

Pada sidang media itu juga pihaknya turut mengedarkan nama dan jumlah calon yang layak bertanding bagi jawatankuasa PAS Pusat dan sayap-sayap parti.

NONE Seramai 53 calon yang layak bertanding bagi jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat untuk mengisi 18 kerusi itu.

Abdul Halim turut memberitahu Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan mengekalkan jawatannya tanpa dicabar.

Tetapi bagi jawatan timbalan ketua, berlakunya pertandingan empat penjuru, manakala jawatan naib, berlaku persaingan dua penjuru.

Bagi jawatan ketua muslimat, Abdul Halim mengesahkan pertandingan dua penjuru antara penyandangnya, Nuridah Mohd Salleh dan timbalanya kini Siti Zailah Mohd Yusoff.

pas women wanita gadis muslimat Bagi jawatan timbalan ketua muslimat berlakunya pertandingan dua penjuru, manaka naib pula persaingan empat penjuru antaranya melibatkan calon PAS di Tenang Normala Sudirman.

Manakala bagi pemilihan Dewan Ulama, Abdul Halim berkata pihaknya akan mengumumkannya kerana tidak ada pertandingan bagi jawatan-jawatan dalam sayap tersebut.

D ewan Ulama - tiada pertandingan

"Saya angkat tangan, tabik dekat dewan ulama kerana tidak ada pertandingan," katanya.

Ditanya sama ada calon yang disahkan bertanding boleh menarik diri selepas ini, Abdul Halim berkata mereka boleh menarik diri tetapi nama mereka tidak dipadam dalam kertas undi.

"Kita akan umum calon yang menarik diri (dalam mesyuarat agung)," katanya.

Beliau juga menjelaskan kertas undi rosak dikira sekiranya perwakilan memangkah lebih jumlah calon yang ditetapkan.

NONE "Kertas undi rosak, perwakilan minta ganti (yang baru), maka itu tidak boleh," katanya.

Abdul Halim berkata kertas undi kali ini mempunyai cop khas daripada setiausaha agung dan ada 'initial' yang sah digunakan dalam pemilihan kali ini.

"Ini memberi keyakinan (kepada perwakilan) bahawa tiada kertas undi daripada luar," katanya.

Sekitar 1,100 perwakilan akan memilih calon-calon dalam pemilihan kali ini.