Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengulangi bahawa beliau tidak terlibat mengusahakan projek udang di Tanjung Karang seperti didakwa DAP.

Menurutnya, jawapan yang diberikan pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan mengusahakan projek udang itu.

NONE "Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi.

"Semuanya jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut," kata Noh Omar kepada Malaysiakini sewaktu ditemui di majlis berbuka bersama media di Bukit Kiara malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim pagi semalam mendakwa surat akuan sumpah syarikat udang dan kaveat ke atas tanah Noh Omar yang disewa adalah bukti Noh terlibat lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya.

Menurut Ng ( bawah ), perkataan 'usaha sama' dalam dokumen itu membuktikan Noh turut mengusahakan projek itu sekaligus berlaku konflik kepentingan kerana beliau seorang menteri pertanian.

NONE Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck dalam reaksi segera semalam menegaskan perjanjian usaha sama yang dirujuk Ng adalah perjanjian sewa tanah yang ditulis begitu bagi melindungi kepentingan syarikatnya dan juga Noh.

Ia dibuat dalam bentuk kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.

Mengulas dakwaan Ng, Noh menggesa ADUN DAP itu supaya lebih fokus kepada membangunkan Sekinchan dan 'tidak sibuk mencari salah orang lain'.

"Saya nasihatkan beliau supaya tengok-tengok dahulu projek kondominium di Sekinchan," kata Noh sinis.

 

. DAP: Dokumen tunjuk Noh Omar terlibat projek udang

Noh: Saya tiada pegangan dalam projek udang

Penternak udang: Noh Omar cuma tuan tanah

DAP dakwa ada projek udang atas 30 ekar tanah Noh Omar

ADS