Malaysiakini BERITA

Tamrin Ghafar wakaf masa, tubuh untuk PAS

Ahmad Fadli KC  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Bekas pemimpin Umno, Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS pada malam tadi.

Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, beliau kini bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.

"Bukan baru ini saya buat keputusan tinggalkan Umno, ia tidak tergopoh-gapah.

"Umno terkeluar dari landasan untuk membela rakyat sejak 90-an lagi.

"Insya Allah saya akan bagi sokongan dan berjuang habis-habisan," katanya.

Borang keahlian seumur hidupnya itu selepas Borang keahliannya diterima presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis sambutan Badar Qubra di markas PAS di Taman Melewar, Gombak.

Beliau sebelum ini ahli parlimen Batu Berendam di Melaka dari tahun 1986 sehingga 1995 dan pernah menjadi pengerusi Majlis Amanah Rakyat.