Zunar tawar karya 'haram' dalam pameran solo
Kartunis terkenal Zunar yang sering menjadi mangsa pengharaman komik menawarkan karya-karyanya selama lebih sedekad dalam pameran solonya di tanah air.
"Kebanyakan karya-karya ini belum dilihat orang ramai kerana ia diharamkan kerajaan.
"Jadi ia menjadi perantaraan dan satu-satunya cara untuk orang ramai menatapnya," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini
semalam.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque berkata, pameran itu akan memberikan gambaran lebih baik berkenaan dirinya sebagai seorang kartunis.
"Dalam kebanyakan waktu, orang ramai hanya melihat apa yang saya lakukan sekarang tetapi pameran ini merangkumi koleksi kerja saya sejak 1999, termasuk yang belum disiarkan," katanya.
Zunar mengadakan pameran solo di Malaysia antara 1 hingga 9 September di Shah Alam.
Zunar adakan pameran solo
Antara berahi dan revolusi dalam kartun

