Dr M: MCA tentang hudud agar Cina tak sokong DAP

       

dikemaskini Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian bahawa kenyataan keras MCA terhadap hudud anjuran PAS hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina agar tidak menyokong DAP.

NONE Beliau percaya kenyataan berkenaan tidak bertujuan untuk menjauhkan pengundi Cina daripada BN memandangkan MCA tidak membantah perisytiharan negara Islam yang dilakukan BN sebelum ini.

"Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam.

"Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.

"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada satu program dialog di Universiti Malaya petang ini.

MCA chua soi lek PC Sabtu lalu, Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.

Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula pada hari yang sama mempertahankan kenyataan Heng.

Chua sendiri meraih kontroversi melalui kenyataannya pada 18 Oktober bahawa hudud akan menjejaskan mata pencarian seramai 1.2 juta rakyat Malaysia.

Seterusnya, beliau membawa isu berkenaan ke perhimpunan agung MCA pada Ahad lalu dengan dakwaan bahawa, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Chua tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya itu namun menggunakan perkara itu untuk menyerang Pakatan Rakyat. 

Mengulas lanjut perkara itu, tanpa merujuk secara langsung kepada MCA atau PAS, Mahathir menganggap pihak yang mempolitikkan hudud tidak menghormati ajaran Islam.

"Perkara hudud ini bukan soal agama, ini soal politik.

"Saya juga tak setuju hudud dijadikan isu politik semata-mata nak tunjuk mereka ini berpegang kuat kepada agama Islam dan mereka yang tolak tak pegang agama Islam.

"Sebenarnya mereka yang menggunakan isu hudud ini orang yang tak

hormati ajaran Islam," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia adalah negara Islam

berdasarkan pengiktirafan yang diberikan dunia Islam kepada Malaysia.

"Ia tak dinyatakan sama ada negara ini sekular atau Islamik dalam Perlembagaan tetapi menurut definisi kita adalah negara Muslim kerana semua dunia Islam lain mengiktiraf kita sebagai negara Islam,"

katanya.

Malaysiakini
terkini untuk anda