Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang perwakilan Wanita Umno hari ini mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan bank khas untuk golongan wanita dengan nama Bank Wanita 1Malaysia.

Wakil Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Norliza Rahim berkata beliau yakin bank itu boleh ditubuhkan kerana gabenor Bank Negara Malaysia kini juga seorang wanita.

"Takkanlah Datuk Seri tak mahu lihat pergerakan wanita mempunyai bank dia sendiri pada masa akan datang.

"Gabenor bank negara juga wanita jadi tak mustahil wanita ada bank dia sendiri," katanya sewaktu berucap menyokong usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno ke-66.

Menurutnya, bank itu boleh dimulakan sebagai Koperasi Wanita 1Malaysia - berasaskan model perniagaan Bank Rakyat yang bermula sebagai koperasi.

Namun ia memerlukan sokongan penuh kerajaan dengan bantuan kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan serta beroperasi di bawah kerangka Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

"Wanita memohon sokongan dan suntikan untuk menyuburkan Koperasi Wanita 1Malaysia.

"Ia akan menjadi koperasi terbesar dengan sokongan 222 parlimen dan koperasi ini akan menjadi penyokong terbesar kerajaan BN," katanya.

Cadangan itu dibuat Norliza sebagai sebahagian daripada rayuan agar

wanita diberikan peranan yang lebi besar dalam membangun ekonomi

negara.

"Wanita bukan lagi sekadar teman tidur, atau sleeping partner.

"Wanita perlu digilap dan dilatih," katanya.

Sebelum itu, Ketika membentangkan usul ekonomi, Datuk Seri dris Jusoh mencadangkan agar pembangunan ekonomi umiputera dilihat dengan lebih serius oleh syarikat berkaitan erajaan (GLC) dan tidak lagi mengangapnya sebagai tanggungjawab osial korporat (CSR) semata-mata.

"(Kami) menggesa kerajaan memastikan GLC melaksanakan sepenuhnya agenda pembangunan bumiputera dan bukan sekadar menganggapnya sebagai CSR," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mempercepat penjualan GLC tidak

kritikal kepada usahawan bumiputera "untuk mengelakkan persaingan yang tidak menguntungkan bumiputera".

 

ADS