Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa pemimpin politik agar lebih sensitif ketika membuat kenyataan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

"Nasihat saya kita jagalah kenyataan supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

"Ada juga yang kata rakyat Malaysia terlalu sensitif tetapi seluruh rakyat Malaysia tak kira agama, kita memang sayangkan agama masing-masing.

azlan "Dalam keadaan begitu, saya sarankan agar kita berhati-hati dan ini ditujukan kepada semua pihak," katanya.

Tambahnya, beliau percaya rakyat Malaysia tanpa mengira mana-mana agama mempunyai perasaan yang mendalam terhadap kesucian agama mereka.

Beliau ditanya mengenai kenyataan presiden NGO pro-Melayu PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa umat Islam membakar kitab Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah.

Kenyataan Ibrahim itu menerima tentangan keras dari pelbagai pihak, antaranya MP Puchong Gobind Singh Deo yang mempersoalkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini.

Gobind berkata Najib tidak boleh lagi berdiam diri dengan kenyataan Ibrahim yang didakwanya bersifat "jenayah" itu.

Katanya, Najib juga perlu membuktikan keikhlasannnya kepada golongan Kristian di Malaysia bahawa kerajaan "tidak melupai" mereka.

Beliau ditemui media selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang 'PUNB Biz Plan Challenge 2012' selaku pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Kuala Lumpur pagi tadi.

ADS