Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isa: Felda di pihak benar, pembangkang serkap jarang

Siri jelajah pembangkang ke Felda seluruh negara bukan perkara baru apabila pilihan raya umum semakin hampir, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

    

"Mereka tahu Felda merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (BN) sejak dulu. Itu sebab dia (pembangkang) cuba mencipta pelbagai isu bagi mengelirukan masyarakat Felda," katanya ketika ditanya mengenai kegiatan parti politik pembangkang mengadakan siri ceramah di Felda seluruh negara.

    

isa samad interview 150509 Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Felda dan Majlis Kanser Nasional (Makna) di sini hari ini, Mohd Isa berkata bukan suatu yang sukar untuk Felda membuat penjelasan kepada masyarakat Felda tentang isu yang ditimbulkan pembangkang.

    

"Kita (Felda) di pihak yang benar, memberi (penjelasan) dengan fakta kerana mereka bercakap dengan suatu yang diimaginasikan, tekaan dan serkap jarang supaya rakyat boleh jadi keliru," katanya.

    

Mohd Isa berkata beliau berkeyakinan masyarakat Felda termasuk generasi baharu akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengenai MoU hari ini, beliau berkata ia antara lain bertujuan melaksanakan tanggungjawab korporat (CSR) kepada masyarakat Felda dan orang ramai mengenai kesedaran melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser.

    

"Program pemeriksaan kesihatan bersama Makna ini meliputi 24 program sepanjang tahun ini... harapan saya supaya masyarakat Felda termasuk penduduk sekitar datang membuat pemeriksaan kesihatan, mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat oleh petugas Makna," katanya.

    

NONE Mohd Isa berkata Yayasan Felda memperuntukkan hampir RM600,000 dan keperluan logistik kepada Makna untuk bergerak ke 24 lokasi terpilih di Felda seluruh negara.

    

Melalui MoU itu juga Makna akan melaksanakan kempen kesedaran kanser payu dara menggunakan treler dilengkapi mesin mamogram selama empat hari di lokasi ditetapkan.

    

Makna turut melaksanakan pemeriksaan mata dan memberikan cermin mata percuma kepada warga Felda dan masyarakat sekitar yang memerlukan.

    

Program pertama kempen kesedaran kanser dan saringan kanser payu dara diadakan selama empat hari bermula hari ini di ibu pejabat Felda Jalan Semarak dan orang ramai dijemput hadir.    

    

- Bernama

 1. Polis Hulu Selangor nafi dakwaan ANAK

2. Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah

3. ANAK dakwa video tunjuk konspirasi sekat ceramah

 

 

 

ADS