Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: M'sia tak boleh dakwa syarikat penyebab jerebu

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat Malaysia di Indonesia yang didapati menyebabkan jerebu.

Menurutnya, tugas itu adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia.

"Ada laporan mendakwa syarikat-syarikat Malaysia terlibat dalam aktiviti pembakaran haram.

"Kerajaan Indonesia perlu menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa mereka," katanya dalam sidang media petang tadi.

Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Palanivel menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat berkenaan di Malaysia.

"Tidak, tidak (boleh ambil tindakan). Undang-undang di Malaysia tidak boleh diguna pakai di Indonesia.

"Kita tak boleh saman mereka di sini. Ia tugas kerajaan Indonesia untuk ambil tindakan jika syarikat berkenaan melakukan sebarang kesalahan," katanya .

ADS