'Syiah ambil yang sedap-sedap sahaja'
Pengikut fahaman Syiah hanya memilih amalan yang 'sedap' dan tidak mengamalkannya secara menyeluruh, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali.
"Soal syiah ini bukan soal cabaran kepada agama semata-mata tetapi ia juga cabaran kepada negara.
"Masalahnya sekarang ini Syiah ini tak ramai yang seratus peratus Syiah, dia buat sembunyi-sembunyi (dan) yang sedap sahaja dia ambil.
"Kes mutaah yang sedapnya dipakai, soal cinta jamaknya, bukan jimaknya..." katanya berseloroh pada mesyuarat pertama bagi penggal pertama sidang dewan undangan negeri (DUN) Johor yang ke-13 pagi tadi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjunjung kasih titah Sultan Johor sempena pembukaan rasmi sidang dewan itu Khamis lalu.
Bagaimana pun tegasnya, kerajaan negeri wajar dipuji kerana bertindak lebih awal mempromosikan penyelewengan Syiah di kalangan orang Johor.
Pengharaman penyebaran fahaman Syiah yang telah lama diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan kembali mencuri tumpuan ramai apabila menteri besar Kedah pada Julai lepas mengumumkan negeri itu mempertimbang untuk mewartakan fatwa yang sama.
Terkini, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata Felda juga akan mengadakan satu taklimat khas mengenai Syiah kepada semua pimpinannya termasuk pengurusan Felda.

