NGO cadang kawal penerima subsidi minyak
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan kawalan bagi membolehkan memberi subsidi bahan api diberikan kepada golongan yang layak.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan
(kanan)
berkata sistem permohonan itu bagi menggantikan mekanisme sedia ada yang turut memanfaatkan golongan berada.
"Perlu ada satu mekanisme siapa mahu subsidi perlu minta (kerana) hari ini sesiapa pun tak perlu minta (subsdi).
"Yang kita hendak ada, mungkin ada mekanisme siapa yang hendak subsidi kena bagi IC (kad pengenalan) dia," kata Nadzim yang kecewa dengan kenaikan harga minyak diumumkan perdana menteri lewat petang semalam.
Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kenaikan tersebut melalui pengurangan subsidi sebanyak 20 sen.
Mengulas lanjut dalam sidang media hari ini, Nadzim berkata beliau berkata kenaikan harga tersebut "tidak berapa wajar".
"...tapi kita lebih melihat kepada (mekanisme) kawalan," kata Nadzim sewaktu diminta menyatakan pendirian berhubung kenaikan harga tersebut.
Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan menyiasat dakwaan bahawa syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengenakan bayaran tambahan bagi setiap pembelian tiket dalam talian.
Beliau mendakwa kadar tambahan sebanyak RM4 itu dikesan mula dikenakan kepada pengguna kira-kira dua minggu lalu.
Menurutnya, caj itu dikenakan ke atas semua pengguna kad kredit dan debit kecuali pengguna kad debit 'Big' yang dikeluarkan AirAsia.
"Kita di PPIM berharap kementerian pengangkutan dan KPDNHEP melihat perkara ini supaya jangan ada agenda sorok-sorok seperti ini," katanya.

