Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) masih menanti dengan tangan terbuka untuk menerima kehadiran remaja bertudung yang memeluk selebriti Kpop pada satu konsert mini baru-baru ini.

"Kenyataannya masih sama. Kita masih terbuka untuk terima dia datang," kata Pengarah JAWI, Datuk Paimuzi Yahya kepada Malaysiakini.

Ditanya jika kumpulan remaja itu akan diberi kaunseling atau tindakan lain jika bertemu JAWI, Paimuzi berkata, "Dalam bahasa undang-undangnya kita sedang buat siasatan."

Beliau berkata demikian susulan kenyataan JAWI sebelum ini yang mahu memberi nasihat dan kaunseling kepada remaja berkenaan.

Tawaran kaunseling itu dibuat JAWI selepas cadangan awalnya untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan kumpulan remaja berkenaan dikritik orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun menyelamatkan keadaan dan berkata perkara itu masih dalam siasatan dan tiada tindakan akan diambil.

JAWI sebelum ini dilaporkan mahu menyiasat insiden itu di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Lihat Komen
ADS