Malaysiakini
BERITA

Apa Najib tak beritahu dalam Bajet 2016

Nigel Aw

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Okt 2015, 7:08 pagi

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menawarkan senarai menarik dalam Belanjawan 2016, seperti faedah kepada penjawat awam dan peningkatan nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Tetapi dari mana datangnya wang untuk peruntukan itu ketika hasil negara menyaksikan kejatuhan harga komoditi?

Malaysiakini menemui 'berita buruk', dengan meneliti belanjawan yang dibentang kelmarin, berdasarkan kementerian-kementerian yang paling banyak dipotong peruntukannya.

Apa yang tidak dinyatakan, kemungkinan harga minyak masak semakin mahal, harga tiket kereta api dan pesawat laluan “tidak ekonomi” semakin mahal dan beberapa pemotongan subsidi.

Kementerian Kewangan – Subsidi umum hampir separuh

Sekilas pandang, Kementerian Kewangan dilihat paling banyak terjejas daripada belanjawan apabila peruntukannya dipotong daripada RM7 bilion (17.8 peratus) kepada RM32.247 bilion.

Bagaimanapun, dilihat lebih dekat, potongan besar itu dimungkinkan oleh pengurangan subsidi yang dijangka terus menurun sehingga 45 peratus ( RM8.707 bilion ) kepada RM10.633 bilion.

Potongan lain termasuk pengurangan 95 peratus peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta.

Pemotongan itu membolehkan perbelanjaan dalam bidang lain, termasuk peruntukan RM1.073 untuk meningkatkan gaji minumum.

Kerajaan sudah pula memulakan rasionalisasi subsidi secara agresif mulai awal tahun ini. Setakat ini masih tidak jelas pemotongan selanjutnya selepas ini akan datang daripada mana.

Kementerian Pengajian Tinggi – kurang wang untuk universiti

Potongan kedua terbanyak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Belanjawannya dikurangkan RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.

Untuk menanganinya, dana untuk universiti awam dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Paling buruk melibatkan Universiti Malaya, diikuti Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang menyaksikan bajetnya masing-masing dipotong sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus.

Beberapa anggota parlimen sudah menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan yuran universiti dinaikkan.

Kementerian komoditi – Minyak masak lebih mahal

Sebanyak 60.76 peratus, daripada RM1.659 bilion kepada RM651 juta, belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dipotong.

Ketika program kementerian di seluruh negara dipotong belanjawannya, pengguna mungkin menanggung beban sebenarnya.

Ini kerana, sebuah potongan terbesar daripada RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak tidak diteruskan sepenuhnya bawah bajet 2016.

Skim yang diperkenal pada 2007 itu itu bertujuan menentukan harga siling dan permintaan cukup dalam pasaran dengan memberi pampasan kepada pengeluar.

Justeru, pemansuhan skim itu tahun depan, pengguna mungkin terpaksa membayar lebih untuk harga minyak masak.

[Baca analisis penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.