Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada pilihan raya mengejut di Selangor, kata Azmin

Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor walaupun PAS secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali hari ini.

"Tidak ada isu untuk mengadakan pilihan raya negeri. Kami masih utuh dan kukuh," kata Azmin kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis bersama-sama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Sungai Choh.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau sudah memaklumkan sultan mengenai perkembangan politik terkini di antara PKR dan PAS pada majlis itu.

"Tangggungjawab saya untuk memaklumkan tapi kebetulan tak hadap di istana tapi di majlis ini," katanya.

Katanya, beliau juga telah memberi jaminan kepada sultan untuk mengekalkan kestabilan kerajaan negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS