Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar minggu depan selepas beliau tidak mahu respons kepada notis tuntutan Azmin supaya mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho.

Peguam Azmin, Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya tidak akan lagi menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan itu, untuk mengambil tindakan seterusnya.

Katanya, Azmin telah memberikan IGP peluang untuk melaksanakan kewajipan berkanunnya untuk membawa balik Jho Low untuk siasatan.

"Tetapi kerana beliau tidak berminat, kita akan jumpanya di mahkamah," katanya ketika dihubungi semalam.

Latheefa berkata demikian sebagai respons kepada Khalid yang semalam berkata siasatan ke atas 1MDB masih berterusan dan oleh itu, beliau tidak mahu respons kepada tuntutan Azmin untuk polis mencari Low, atau dikenali ramai sebagai Jho Low.

"Jadi, ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah," Khalid dilaporkan sebagai berkata semasa sidang akhbar di Kolej Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Mengikut surat tuntutan itu, Low disyaki terlibat dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Low yang tidak diketahui keberadaannya dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion ringgit dana itu didakwa dilesapkan. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Awal bulan lepas, seorang jurucakap Low dipetik dalam laporan berita sebagai mendakwa bahawa percubaan untuk mengaitkannya dengan mereka yang mengaku bersalah dalam kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan 1MDB di Singapura adalah "berasaskan kepada andaian yang tidak berasas".

Ia sebagai respons kepada laporan bahawa pendakwa di Singapura telah memberitahu mahkamah bahawa Low adalah individu utama dalam siasatan yang dikaitkan dengan 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS