Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semua laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya dikekalkan sebagai sulit, kata salah seorang anggota lembaga penasihat agensi terbabit.

Menurut Datuk Mohd Noor Abdullah, aduan bagi sesuatu kes adalah sulit, sama seperti siasatan yang dijalankan anggota SPRM.

"Apa yang SPRM siasat, dan laporan oleh pengadu tadi tidak boleh didedahkan kecuali kepada pegawai atasan SPRM, DPP (timbalan pendakwa raya) atau peguam negara.

"Itu mengikut (peruntukan) undang-undang," katanya semasa mengadakan sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur.

Turut hadir seorang lagi anggota lembaga terbabit Tan Sri Musa Hassan.

Mohd Noor berkata sangat bahaya untuk SPRM mendedahkan maklumat mengenai aduan serta siasatan yang dijalankan mereka.

Bekas hakim mahkamah rayuan itu memberikan pandangannya berhubung laporan memetik sumber SPRM bahawa agensi antirasuah itu membekukan RM2 juta dalam akaun bank exco Pulau Pinang, Phee Bon Poh, baru-baru ini.

Tindakan itu dikatakan dibuat ekoran penemuan surat daripada Phee supaya tindakan ke atas sebuah kilang tanpa lesen di Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, ditangguhkan.

Phee - yang menafikan laporan itu - ditahan pada 10 Ogos lalu dan awalnya dibenarkan direman selama lima hari mulai 12 Ogos.

Bagaimanapun peguam anggota dewan undangan negeri Sungai Puyu itu mencabar kebenaran itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Permohonan membatalkan reman itu kemudian diterima dan Phee dibebaskan dua hari kemudian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS