Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib mungkin jadi saksi kes saman RM90j, kata MP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan dipanggil sebagai saksi dalam kes saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown, kata anggota parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau yang juga peguam berkata, kedua-dua pihak, PAS dan Clare, boleh memanggil Najib untuk memberi keterangan ketika perbicaraan nanti.

"Ya, boleh dikatakan Najib berpotensi menjadi saksi dalam kes itu, dan beliau mungkin akan dipanggil juga untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.'

Ketika ditanya sama ada Najib boleh memberi keterangan melalui afidavit (secara bertulis), Hanifa berkata perdana menteri perlu diperiksa balas, justeru perlu hadir di mahkamah.

Hanipa berkata beliau pernah melihat perbicraan di United Kingdom, apabila saksi diperiksa balas selama beberapa hari.

Justeru, beliau berkata "tergelak besar" apabila melihat beberapa pemimpin PAS seperti setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan boleh mendesak Datuk S Ambiga - yang juga mungkin dipanggil sebagai saksi - agar mendedahkan sumber maklumatnya.

Sebagai seorang yang mungkin dipanggil mahkamah, Hanipa berkata Ambiga tidak perlu untuk menjawab desakan itu sekarang.

"Kenapa tak sabar sangat minta Ambiga dedahkan? Kes belum memulakan perbicaraan, mana boleh dedah di luar mahkamah," katanya di Facebook.

Selain Takiyuddin, naib presiden PAS Datuk Idris Ahmad turut mendesak Ambiga mendedahkan sumber maklumatnya.

Clare berhadapan saman fitnah di United Kingdom oleh Abdul Hadi, kerana mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Najib.

Dalam kenyataan pembelaannya, Clare menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat berhubung dakwaan pemberian dana itu.

Katika dihubungi Malaysiakini, Ambiga berkata beliau tidak boleh mengulas perkara itu.

Lihat Komen
ADS