'Allah bagi petunjuk PAS K'tan celaru, doa BN menang'
PAU 2017| Umno dan BN yakin dapat menggandakan jumlah kerusi DUN di Kelantan dan merampas negeri itu daripada PAS.
Malah, wakil Pemuda Umno Kelantan Sheikh Razali Sheikh Hamad mendakwa bahawa Allah telah beri petunjuk yang PAS di negeri serambi Mekah itu tidak lagi kuat.
"Slogan Tok Pa (Datuk Mustapa Mohamad) adalah PRU14, Kelantan milik BN.
"Allah telah beri petunjuk kepada kita, PAS dan rakan-rakan di sebelah sana cukup bercelaru.
"Kita doa Kelantan terus milik BN," kata Sheikh Razali dalam perbahasan di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC hari ini.
Kata beliau di bawah kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak, Umno Kelantan berjaya menggandakan jumlah kerusi DUN dari enam pada tahun 2008, ke 12 pada tahun 2013.
"InsyaAllah, apabila sampai PRU14, Umno akan gandakan lagi kerisi utk jadikan Kelantan milik BN," kata beliau.
DUN Kelantan terdiri dari 45 kerusi DUN. PAS memegang Kelantan sejak tahun 1990.


确定要删除留言?
此后将无法恢复