Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PAS sesat, sudah jadi pembangkang olok-olok'
Diterbitkan:  Jan 1, 2018 6:11 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

DAP menyifatkan PAS kini menyimpang dari landasan sebenar dan kelihatan menjadi ‘pembangkang olok-olok’ kerana memihak kepada Umno.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata demikian mengulas tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mengumumkan beliau keluar daripada PAS semalam.

“Dia keluar PAS untuk sertai pembangkang,sungguhpun keluar PAS dia masih dalam perjuangan pembangkang untuk gulingkan BN.

“Jelas di sini bahawa Mahfuz nak pastikan bahawa ada satu pakatan pembangkang yang kuat untuk lawan BN kerana perjuangan PAS sudah nampaknya dari segi politik, perjuangan politik PAS sudah sesat itulah sebabnya. (PAS) sesat sampai dipuji oleh Umno,”katanya.

Semalam Mahfuz mengambil keputusan untuk keluar dari PAS pada jam 11.59 malam bersama isteri dan anak-anaknya.

Mahfuz sebelum ini merupakan salah seorang pemimpin PAS yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan khususnya AMANAH.

Kecenderungan itu menyebabkan beliau digelar sebagai ahli kumpulan 'Harum Manis' dalam parti Islam itu.

Harum Manis merujuk kepada buah mangga yang berwarna hijau di luar tetapi berisi oren di dalam yang terkenal di Perlis.

Pada Oktober lalu, PAS Kedah menggugurkan Mahfuz daripada senarai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Guang Eng turut menyifatkan PAS sebagai ‘parti lawan’ yang sebenar kerana berbaik dengan Umno serta tidak ingin menggugat parti pemerintah itu.

Skandal Felda, 1MDB

“Jadi ini bukan lagi parti pembangkang, parti lawan yang sebenarnya, hanya macam parti pembangkang yang olok-olok sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Mahfuz yang keluar PAS, Guan Eng berkata, bekas Naib Presiden PAS itu mahukan pembangkang yang boleh membersihkan nama negara daripada segala ketirisan.

“Sebab itu Mahfuz mahu satu pakatan pembangkang yang boleh bersihkan Malaysia dari skandal Felda, 1MDB, nak benar-benar lawan BN bukan nak kerjasama secara senyap-senyap, curi-curi.

“Sebab itu dia keluar dari PAS supaya bersama pembangkang untuk benar-benar lawan BN gantikan kerajaan yang mungkar dengan kerajaan baru yang makruf,” katanya.
 

Lihat Komen
ADS