Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mencadangkan perdebatan diadakan antara calon BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk jawatan perdana menteri.

Menurutnya, perdebatan itu akan membolehkan orang ramai membuat keputusan mengenai pilihan mereka.

"Ini berlaku dalam semua demokrasi matang dan mereka tidak sepatutnya takut," katanya kepada Malaysiakini.

Ambiga berkata jika kedua-dua calon berkenaan bersetuju dengan perbahasan itu, beliau bersedia menganjurkannya.

"Jika mereka kata 'ya', ramai akan bersedia untuk menganjurkannya. Saya juga akan mengambil tanggungjawab untuk menganjurkannya," katanya.

Menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan melayan pelawaan sedemikian pada masa lalu, Ambiga berkata, keadaan mungkin berubah.

"Najib mungkin tidak bersedia sebelum ini, mungkin sekarang beliau bersedia," katanya.

[Baca berita penuh]