Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua 'Datuk' ditahan berkaitan projek terowong dasar laut

Dua individu bergelar 'Datuk' ditahan berkaitan dengan siasatan rasuah yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut kerajaan negeri Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata penangkapan itu dibuat selepas satu serbuan  yang dilakukan di Pulau Pinang semalam.

"Dua Datuk ditangkap," kata Azam kepada Malaysiakini.

Difahamkan salah seorang individu itu ditangkap lewat malam tadi manakala seorang lagi ditangkap beberapa jam kemudian.

"Kedua-dua Datuk itu adalah dari dua syarikat yang berlainan, Kami telah memohon perintah reman terhadap mereka hari ini," kata Azam, sambil menambah permohonan reman itu dibuat di Mahkamah Majistret Pulau Pinang dan di Mahkamah Majistret Putrajaya..

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen
ADS