Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang mendakwa disabotaj oleh anggota partinya sendiri.

Hal ini selepas gambar plakad yang bertulis 'Say no to DJ' (Datuk Johari atau Datuk Jo) dan kain rentang dengan pesanan menolak Johari yang 'sombong' di kawasan Titiwangsa menjadi tular di media sosial.

Salah satu gambar memaparkan wajah Johari dipangkah. Manakala satu lagi gambar menampilkan kira-kira 20 orang belia memakai baju kemeja T dengan mesej 'asalkan bukan Joe Ghani, #ABJ'.

"Kami ahli Umno akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari," tulis kain rentang dengan tanda pagar '#TolakJohariGhani', '#JoeAngkuh', '#JoeBongkak' dan '#asalkanbukanJoeGhani'.

"Terdapat seseorang di bahagian Umno saya yang berminat menjadi calon di Titiwangsa dan memulakan kempen memburuk-burukkan wibawa saya," kata Johari merangkap Ketua Umno Bahagian Titiwangsa itu tanpa menamakan orang tersebut.

"Apapun, saya tiada masalah dengan hal ini kerana pengundi di Titiwangsa yang akan memutuskannya," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 2013, Johari menang dengan majoriti tipis 866 undi.

Pada PRU14 ini, beliau dijangka dicabar timbalan pengerusi brio polisi dan strategi BERSATU Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh.

Desas-desus minggu lalu membayangkan potensi Johari sebagai salah seorang calon menteri besar BN untuk Selangor.

Lihat Komen
ADS