Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Sgor cabar SPR di mahkamah tak akan jadi akademik'

Para peguam yang mewakili kerajaan Selangor mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap persempadan semula berkata permohonan tersebut tidak akan menjadi akademik walaupun laporan sempadan baru SPR dibentangkan di Parlimen esok.

Peguam kanan Datuk Dr Cyrus Das dan Datuk Ambiga Sreenevasan berkata kerajaan Selangor sedang mencabar proses yang dilakukan SPR dalam melakar persempadan semula kawasan pilihan raya.

Kedua-dua peguam ini menjelaskan persempadanan semula SPR itu sebagai melanggar Perlembagaan dan masih tertakhluk untuk semakan kehakiman tanpa mengambil kira sama ada laporan SPR itu akan diluluskan di Parlimen atau tidak.

"Ia tidak akan menjadi akademik hanya dengan membentangkannya (di Parlimen) kerana kami sedang mencabar seluruh proses (persempadanan semula) ini dan walaupun laporan SPR itu diluluskan ia masih boleh dicabar di mahkamah. Ia sebagaimana apa jua perundangan yang boleh dicabar di mahkamah jika ia bercanggah dengan Perlembagaan," kata mereka.

Hari ini, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan bersidang diketuai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bagi mendengar rayuan kerajaan Selangor dari pagi sehingga lewat tengahari tadi.

Namun demikian, mahkamah hari ini menunda untuk menyampaikan keputusannya.

Hakim Ahmadi yang bersidang bersama Hakim Datuk Ong Lam Kiat Vernon dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menunda untuk menyampaikan penghakiman mereka dan berkata mereka akan memutuskan hal itu pada Khamis pagi.

Sebelum ini, dilaporkan media SPR telah menyerahkan laporan sempadan baru SPR itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ia dijadual akan dibentang di Parlimen esok.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh berkata cabaran Selangor itu menjadi akademik kerana SPR telah menjalankan tugasnya mengikut perlembagaan dalam membuat kerja-kerja persempadanan semula dan menyerahkan laporan itu kepada PM pada 9 Mac lalu.

"Sekarang terserah kepada Parlimen atau badan pembuat undang-undang untuk memutuskan," kata Amarjeet.

Kerajaan Selangor berhujah SPR telah gagal menjalankan tugasnya menurut perlembagaan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan bagi menyediakan jumlah pengundi yang lebih kurang sama untuk setiap kawasan pilihan raya dan setiap kawasan pilihan raya patut memiliki saiz yang lebih kurang sama.

Kerajaan negeri mendakwa ia menghasilkan gerimander dan salah bahagi kawasan pilihan raya yang tidak seimbang menyebabkan terbentuknya kawasan pilihan raya yang sangat besar seperti Parlimen dan DUN di Selangor.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS