Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib Razak: Kerajaan tiada akal, batal projek era BN

Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa kerajaan persekutuan agar meneruskan projek yang memberi manfaat kepada negara dan membatalkannya jika sebaliknya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan HARAPAN tidak boleh membatalkan sesuatu projek yang baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu contohnya, MRT 3.

“Jadikan ia lebih baik dan bukannya membatalkan projek. Ia tiada akal.

“Kerajaan boleh membatalkan projek, tetapi adakah anda melakukan untuk alasan yang betul. Adakah anda melakukan untuk rakyat Malaysia, ini persoalan yang kita perlu tanya.

“Kerajaan tidak seharusnya menyalahkan pentadbiran terdahulu dan mereka mesti melakukan yang lebih baik supaya rakyat yang mengundi mereka layak meminta apa yang diminta,” katanya.

Sambut ulang tahun lebih awal

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis ulang tahun beliau yang ke-65 yang disambut lebih awal dua hari dan meraikan waris MH17.

Sementara itu, Najib berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima janji yang kurang daripada perkara yang dijanjikan oleh HARAPAN.

“Tempoh 100 hari pentadbiran bakal menjelma. Berapa banyak janji yang perlu ditunaikan.

“Ketika saya menjadi perdana menteri, saya hanya menjanjikan perkara yang boleh ditunaikan.

“Saya tidak mahu dituduh berbohong kepada rakyat dan saya tidak mahu bersemuka dengan Allah jika saya memungkiri janji kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir membatalkan projek MRT3 kerana kos tinggi yang memakan kos RM35 hingga RM45 bilion.

Lihat Komen
ADS