Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang selar Najib, Umno berhubung dakwaan komunis
Diterbitkan:  Aug 3, 2018 6:12 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Lim Kit Siang hari ini meminta rakyat supaya lebih berhati-hati dan menentang amalan menakut-nakutkan, kebencian dan pembohongan selepas pilihan raya umum ke-14.

Pemimpin veteran DAP itu berkata keadaan tersebut menjadi lebih bahaya apabila amalan politik pelampau kaum dan agama turut dilemparkan bersama.

Dalam satu kenyataan media petang ini, Lim berkata beliau ditunjukkan mesej Whatsapp yang menuduhnya sebagai seorang komunis yang sedang diedarkan.

Beliau juga berkongsi petikan mesej, yang berbunyi: “Lim Kit Siang yang lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapa dia di tahun 1957. Mereka dapat ehsan dari orang-orang Melayu di Batu Pahat Johor.

“Umur Lim Kit Siang masa tu 16 tahun. Mula-mula bapa Lim Kit Siang cuma ternak ayam je, tapi kemudian ternak babi pula. Lee Kuan Yew bersekolah di Batu Pahat. Lee Kuan Yew guru Lim Kit Siang di dalam fahaman Komunis dan Yahudi.

“Darurat di Malaya bermula dari tahun 1948 dan berakhir pada 1960. Selepas tentera British meninggalkan Malaya (sebelum merdeka) komunis semakin bermaharajalela selama 12 hari. Batu Pahat pada masa tu jadi pusat pengganas komunis.

“Rumah bapa Lim Kit Siang jadi pusat komunis dan mereka banyak bunuh orang-orang Melayu bunuh askar-askar Melayu. Masa umur Lim Kit Kat (sic) 18 tahun di tahun 1960 dia dah pakai uniform komunis.”

Lim berkata terdapat banyak pembohongan dalam nesej berkenaan yang dilabelkannya sebagai toksik.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyelar Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa bekas perdana menteri itu bersama pemimpin Umno dan tentera siber yang sedang menjalankan agenda politik baru.

Dakwanya , mereka yang berkenaan sedang “psycho-ed” diri sendiri untuk mempercayai bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan bertahan sebelum tempoh penuh mereka berakhir, sehingga membuka laluan untuk Umno dan BN kembali ke Putrajaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS