Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'1MDB diurus teruk, jadi kenapa bayar Arul RM5 juta'

Laporan awal audit terhadap 1MDB menunjukkan kelemahan besar dalam tadbir urus korporat syarikat itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Justeri beliau mempersoalkan tindakan kerajaan BN dulu yang memberikan bonus RM5 juta, selain gaji asasnya, kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

"Kami terkejut melihat laporan audit awal 1MDB yang dibuat Pricewaterhousecoopers (PWC). Ia menunjukkan kegagalan pengurusan terdahulu untuk mematuhi amalan tadbir urus baik yang asas.

"Dan ia menimbulkan persoalan - mengapa Arul Kanda dibayar RM5 juta untuk enam bulan? Untuk tidak melakukan apa yang seorang CEO patut lakukan?" soalnya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menggesa bekas perdana menteri dan pengerusi 1MDB Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan pembayaran itu.

Minggu lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa pentadbiran Najib memberikan bayaran ex-gratia berjumlah RM5 juta kepada Arul Kanda atas lanjutan khidmatnya selama enam bulan, selain gaji bulanan.

Arul telah menerima separuh daripada bayaran itu kerana khidmatnya ditamatkan kerajaan Pakatan Harapan, dua hari sebelum kontraknya tamat.

Kerajaan kini sedang berusaha mendapatkan semula bayaran RM2.5 juta itu.

Lihat Komen
ADS