RUU mansuh akta berita palsu dibentang esok
刊载: Aug 7, 2018 11:42 PM | 更新: Aug 7, 2018 11:44 PM
PARLIMEN | Kerajaan akan membentangkan RUU bagi memansuhkan Akta Berita Tidak Benar 2018 esok, berdasarkan aturan mesyuarat Dewan Rakyat.
Rang undang-undang pemansuhan akan dibentangkan untuk pembacaan pertama pada permulaan urusan kerajaan.
Undang-undang kontroversi itu telah diwartakan hanya empat bulan lalu pada 11 April, walaupun terdapat kekhawatiran mengenai takrifan tidak jelas "berita palsu" hukuman keras dan kesannya terhadap industri media.
Manakala itu, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2018 akan turut dibentangkan di Dewan Rakyat esok.
Ia dijangka akan menyemak peruntukan Bajet 2018 bagi menyelaraskan dengan keutamaan pentadbiran baru Pakatan Harapan.
阅读评论0


确定要删除留言?
此后将无法恢复