Anggota parlimen Subang Wong Chen berkata pembangkang seharusnya mempunyai perwakilan yang lebih di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) kerana mereka perlu memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan.

Ketika ini, PAC dianggotai oleh sembilan anggota parlimen dari Pakatan Harapan (HARAPAN), tiga dari BN, dan masing-masing PAS dan PBB mempunyai satu perwakilan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh anggota parlimen dari BN, Ronald Kiandee yang merupakan anggota parlimen Beluran.

"PAC adalah tentang (memantau) perbelanjaan kerajaan. Jika kita mempunyai 14 anggota, maka nisbah 8:6 (lapan dari HARAPAN dan enam pembangkang) akan lebih baik," katanya kepada Malaysiakini.

Wong berkata beliau berharap pertimbangan itu akan dibuat dalam pelantikan anggota untuk jawatankuasa di masa akan datang.

Wong bagaimanapun mengakui bahawa menjadikan Kiandee sebagai pengerusi PAC adalah tindakan yang tepat.

"Kita (PAC) akan lihat setiap isu, tak ada apa yang boleh disembunyikan. Kita akan kritik sebarang penyelewengan," katanya.

Menjadikan anggota parlimen pembangkang sebagai pengerusi PAC merupakan salah satu ikrar HARAPAN dalam manifesto mereka.

Berikut merupakan senarai anggota PAC yang diumumkan hari ini.

Pengerusi: Ronald Kiandee (BN-Beluran)
Timbalan pengerusi: Wong Kah Woh (Harapan-Ipoh Timur)

Anggota:
Wong Chen (HARAPAN-Subang)
Akmal Nasir (HARAPAN-Johor Bahru)
Willie Mongin (HARAPANPuncak Borneo)
Steven Choong (HARAPAN-Tebrau)
Hasanuddin Mohd Yunus (HARAPAN-Hulu Langat)
Wong Hon Wai (HARAPAN-Bukit Bendera)
Wong Shu Qi (HARAPAN-Kluang)
Muslimin Yahaya (HARAPAN-Sungai Besar)
Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin)
Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin)
Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu)
Robert Lawson Chuat (PBB-Betong)

[Baca berita asal]