Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib pelik, kenapa 3 bulan baru sedar RM16b 'hilang'
Diterbitkan:  Sep 3, 2018 5:32 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

ULASAN | Walaupun Lim Guan Eng semalam mengeluarkan kenyataan yang dia seakan-akan telah mengaku tidak faham sistem perakaunan kerajaan, beliau tetap mendakwa bahawa wang tuntutan balik LHDN sebanyak RM16 bilion masih ‘hilang’.

Saya pelik mengapa jika sebanyak 1.6 juta syarikat dan individu terbabit dalam isu ini, tidak pernah sekali pun pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) membangkitkan isu ini di media ataupun di parlimen sejak sepuluh tahun dahulu.

Bukan semua tuntutan balik kepada LHDN oleh pembayar cukai semestinya di luluskan serta-merta kerana perlu diaudit untuk kesahihan mengikut undang-undang oleh LHDN.

Bagaimanapun, adakah Guan Eng tahu bahawa mengikut penyata akaun daripada Akauntan Negara Malaysia bagi akhir tahun 2017, kedudukan kumpulan wang disatukan kerajaan pusat adalah sebanyak RM42.184 bilion (2016: RM39.37 bilion) iaitu RM18.064 bilion dalam bentuk wang tunai dan simpanan tetap (FD) jangka pendek dan RM24.12 bilion dalam Pelaburan Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am?

Dan fakta-fakta ini boleh diakses oleh Guan Eng memandangkan beliau adalah Menteri Kewangan.

Saya juga tidak faham mengapa Guan Eng perlu masa 3 1/2 bulan untuk menyedari bahawa RM16 bilion wang LHDN sudah "hilang" dan hanya membangkitkan isu ini selepas menyedari bahawa kerajaannya sudah berkurangan hasil sebanyak RM31 bilion oleh kerana tiga bulan pengecualian cukai (tax holiday) dan pungutan hasil SST bakal jauh lebih rendah dari GST.

Besar kemungkinan kerajaan HARAPAN sudah menggunakan sebahagian besar dari kumpulan wang disatukan sebanyak RM42.184 bilion yang kerajaan BN tinggalkan bagi menampung kerugian atau kelompongan ketika tax holiday dan kini mahu menuding jari dan mempersalahkan kerajaan BN dahulu.

Berhentilah mahu menyalahkan kerajaan BN yang lama oleh kerana kelemahan pentadbiran sendiri.

Lebih baik jika prosiding Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) ataupun Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) diadakan secara telus untuk mencari kebenaran.

Ini soal RM35.4 bilion (RM16b LHDN + RM19.4b GST).

Takkan isu ini tidak layak untuk menjalankan RCI ataupun PAC untuk mencari kebenaran secara telus seperti diminta oleh saya sebelum ini?


DATUK SERI NAJIB RAZAK ialah Anggota Parlimen Pekanbekas perdana menteri dan mantan presiden Umno.

Tulisan ini tidak mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS