story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Ramai lagi akan ke mahkamah, kita buat satu per satu’
Diterbitkan:  Oct 25, 2018 11:26 AM
Dikemaskini: 11:26 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan ada ramai lagi bekas menteri dari BN bakal diheret ke muka pengadilan.

Berucap di hadapan ahli Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) di Bangkok, katanya, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan berterusan memerangi rasuah, salah guna kuasa atau kesalahan lain yang dilakukan oleh kerajaan BN terdahulu.

Katanya, tindakan itu selari dengan prinsip kerajaan hari ini yang mahu bertindak berlandaskan kedulatan undang-undang.

“Sudah tentu. Kami sengsara hampir sembilan tahun. Mempunyai kerajaan yang tidak memikirkan rakyat dan mereka berterusan melakukan kesalahan.

“Biasanya bila anda melakukan kesalahan, ada akan berdepan dengan segala kemungkinan. Apa yang anda lihat hari ini, sudah tentu akan ada lagi tindakan yang diambil terhadap individu lain.

“Kami tidak boleh membawa ramai individu ke mahkamah dalam satu masa. Kita akan buat satu per satu dan memberi lebih perhatian kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya yang dipetik oleh Sinar Harian.

Mahathir sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand bermula hari ini.

Pagi ini, Najib berdepan dengan enam pertuduhan tambahan, membawa jumlah pertuduhan terhadapnya kepada 38.

Minggu lalu, presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahidi didakwa dengan 45 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lihat Komen
Paling Popular
Terkini