Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM tak setuju tubuh cawangan parti politik di universiti awam
Diterbitkan:  Nov 1, 2018 6:49 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan dalam universiti awam.

Malah, kata perdana menteri, ketika ini pun pelajar tidak disekat daripada berbicara mengenai isu politik tanah air.

"Tidak, anda (pelajar) bebas untuk bercakap apa yang anda suka.

“Tidak payah la parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Felo dan Anugerah 24 Saintis Terbaik 2018, anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM), di Kuala Lumpur, hari ini.

Maszlee pada sidang Dewan Rakyat Selasa lalu memberitahu pindaan terhadap AUKU tidak lama lagi akan membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam.

Langkah itu, katanya adalah sejajar dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun seperti dicadangkan sebelum ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS