Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mantan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid berkata beliau ‘tidak tahu’ tentang isu susu kotak Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang tidak diedarkan sejak awal tahun ini.

“Saya tak tahu. Yang itu saya tak ingat macam mana dia punya proses. Tapi Rancangan Makanan Tambahan saya tahulah,” katanya.


BACAMana susu kotak 1Malaysia untuk murid miskin?

           Sarapan percuma dah dibuat sejak 1979 lagi - Najib

           Di mana 'salah' Najib? Ini penjelasan pegawai Maszlee


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn, di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Apabila diingatkan bahawa PS1M itu merupakan program di bawah RMT, ahli parlimen Padang Terap itu menyatakan beliau ‘tidak pasti’.

“Saya tak pastilah. Saya tak tahu langsung.

“Tapi saya ingat ada dulu, dibagi ikut zon-zon, negeri ini, negeri itu. Ada.

“Tapi (berkenaan) yang tak diedarkan itu saya tak tahu. Saya nak kena periksalah,” katanya lagi.

PS1M penjenamaan semula program susu sekolah

Skim PS1M di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sepatutnya berjalan sejak Januari tahun ini namun tidak diketahui kedudukannya.

Dalam program itu, susu kotak sepatutnya diedarkan ke sekolah pada awal tahun supaya dapat mula dibekalkan kepada murid miskin bermula Mac lalu.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock, berdasarkan maklumat daripada penolong kanan hal ehwal pelajar di sekolah-sekolah mendapati bekalan susu kotak itu belum diterima.

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.

Bagaimanapun, biarpun RMT berjalan seperti biasa, pihak sekolah tidak menerima susu kotak seperti yang sepatutnya dalam skim PS1M.

PS1M merupakan penjenamaan semula Program Susu Sekolah (PSS) yang telah dimulakan sejak 1983.

Lihat Komen
ADS