Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar akan kemukakan keresahan peminjam PTPTN kepada PM

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengemukakan keresahan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019.

Anwar yang juga adalah ahli parlimen Port Dickson berkata, kebimbangan itu turut disuarakan oleh pengundi di kawasannya dan di Permatang Pauh, memandangkan beliau adalah bekas anggota parlimen di kawasan berkenaan.

"Saya akan beri nota segera, bagi kepada perdana menteri minta kaji. Jika ada pandangan, saya pasti Wan Saiful Wan Jan (pengerusi PTPTN) dan Dr Maszlee Malik (menteri pendidikan) akan teliti semula.

"Saya sedar mengenai perkara itu, banyak juga yang mesej pada saya, pengundi Permatang Pauh, Port Dickson semua penuh," katanya.

Semalam, Wan Saiful berkata bayaran pinjaman melalui kaedah PGB itu mampu memberi faedah lebih besar kepada peminjam berpendapatan rendah.

PGB akan dilaksanakan mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam berbanding kaedah lama yang bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik.

"Saya akan kemukakan keresahan beberapa peminjam ini untuk pertimbangan kepada menteri dan pengerusi PTPTN," katanya.

Susulan daripada itu terdapat banyak kritikan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan Harapan.

Lihat Komen
ADS