Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tak masuk campur kehakiman, kata PM kepada Jho Low

Kerajaan tidak masuk campur dalam urusan kehakiman, kata Dr Mahathir Mohamad kepada ahli perniagaan yang kini dalam persembunyian Low Taek Jho.

Perdana Menteri berkata demikian susulan dakwaan Jho Low dia tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia berhubung dakwaan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

"Pastinya kerana dia tahu dia bersalah, jadi dia kata perbicaraan tidak adil.

"Tetapi hakim Malaysia agak adil. Kita semua perlu tampil di mahkamah dan tidak boleh terus menafikan pendakwaan atau mendapatkan hakim lain untuk diri sendiri," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Katanya lagi, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa kerajaan tidak masuk campur dalam urusan badan kehakiman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS