Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sidang nasional tangani isu Orang Asli
Diterbitkan:  Jan 3, 2019 12:24 PM
Dikemaskini: 4:24 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy mengumumkan bahawa satu persidangan nasional sedang dirancang untuk diadakan minggu depan bagi menangani isu-isu yang telah melanda masyarakat Orang Asli di negara ini sejak sekian lama.

"Sejak memikul tanggungjawab untuk portfolio Orang Asli pada Oktober 2018, saya telah berbincang dengan pihak berkepentingan berkaitan untuk menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di negara ini.

"Persidangan Nasional mengenai Orang Asli sedang dirancang pada 11 Janurari, 2019 untuk membincangkan cadangan proaktif untuk menyelesaikan banyak isu lama yang memberi kesan kepada 200,000 masyarakat Orang Asli di Malaysia," kata Waythamoorthy dalam satu kenyataan pagi ini.

Pengumuman oleh menteri itu dibuat selepas ahli parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang membuat gesaan tersebut pada malam tahun baru 2019, supaya persidangan seumpama itu diadakan supaya pelan tindakan boleh dirumuskan untuk masa depan masyarakat berkenaan.

Ini selepas pemimpin veteran DAP itu berikrar tidak akan mengabaikan atau melupakan masyarakat pribumi tersebut selepas beliau menyaksikan secara langsung masalah yang dihadapi oleh masyarakat itu di Cameron Highlands semasa lawatannya ke sana.

Lim dan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran sebelum itu terperangkap semalaman di sebuah perkampungan Orang Asli terpencil di Kampung Semoi Lama berikutan jalan keluar yang becak yang disebut sebagai "jalan raya roti canai” sehingga tidak dapat dilalui.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS