Setiausaha Agung MIC S Vell Paari menegaskan bahawa Umno tidak memohon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Cameron Highlands yang dijadualkan pada akhir bulan ini, yang sekali gus meninggalkan kerusi BN itu kepada MIC.

Dalam satu kenyataan, Vell Paari berkata, bahawa satu-satunya permintaan yang dibuat adalah bahawa "calon yang mampu menang" diletakkan.

"Tidak ada permohonan daripada Umno untuk bertanding di kerusi Cameron Highlands.

"Permintaan hanya untuk calon yang boleh menang. Pada masa ini, kami sedang menilai beberapa calon," katanya.

Beliau berkata, parti itu akan membuat pengumuman apabila keputusan dicapai.

Cameron Highlands secara tradisinya adalah kerusi Parlimen yang dipertandingkan oleh MIC. Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, kerusi itu imenangi oleh naib presiden MIC, C Sivarraajh.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya pada November tahun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong, setelah mendapati terdapat amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan BN.

Walaupun MIC tidak merayu keputusan Mahkamah Pilihan Raya untuk mengosongkan kerusi tersebut, Sivarraajh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk yang tidak membenarkannya bertanding di kerusi itu sekali lagi.

Beliau juga secara konsisten menafikan dirinya terbabit dalam merasuah pengundi.

[Baca berita penuh]