Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manogaran: Tok batin tak lihat kenyataan Bob Manolan isu besar

PRK CAMERON | Calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran berkata kenyataan Senator Bob Manolan - agar gaji tok batin yang tidak menyokong PH tidak dibayar - tidak menjadi isu besar di kalangan tok batin.

Beliau berkata perkara itu boleh dilihat semasa lawatannya ke beberapa kampung Orang Asli setakat ini.

"Saya baru masuk kampung-kampung Orang Asli, saya nampak mereka tidak begitu beri (tumpuan) isu itu. (Ia) tidak bangkitkan sebagai satu isu yang besar.

"Mereka ada tanya saya tetapi saya tidak nampak ia akan ganggu kempen," katanya kepada pemberita sewaktu sesi pengenalan calon PH di Felda Sungai Koyan 3, Jelai malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kenyataan Bob Manolan sehari sebelum penamaan calon itu akan mengganggu kelancaran kempen PH.

Pada 11 Januari lalu, Bob Manolan dilaporkan berkata tok-tok batin mungkin kehilangan gaji dan jawatan jika tidak menyokong PH pada PRK ini.

Selepas dikecam, beliau mengeluarkan kenyataan yang antaranya menjelaskan beliau merujuk kepada tok batin yang mempunyai jawatan dalam Umno dan melihat ia boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Menafikan membuat ugutan terhadap tok batin, beliau berkata, tok batin dilantik oleh kerajaan persekutuan dan justeru perlu mempunyai aspirasi yang sama dengan PH yang memerintah.

Manogaran berkata beliau terbuka untuk memberi penjelasan tentang perkara itu jika diminta oleh tok batin.

Beliau juga menegaskan pendiriannya bahawa pendiriannya selaku calon di kawasan parlimen itu bertentangan dengan kenyataan Bob itu.

Lihat Komen
ADS