Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri arah RTM sediakan laporan liputan ‘sabotaj’ k’jaan PH
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 12:05 PM
Dikemaskini: 5:21 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengarahkan stesen penyiaran kerajaan, RTM untuk menyediakan laporan mengenai kemungkinan ada kakitangannya mensabotaj kerajaan persekutuan.

Ini susulan liputan secara langsung acara sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang diadakan di Seremban dengan tidak melaporkan sebarang berita dari Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

"Ia dibangkitkan malam tadi dan saya melihat siaran itu pagi ini sebelum ke lapangan terbang.

"Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya. Dapat laporan nanti, saya akan buat apa yang perlu," katanya kepada pemberita di George Town hari iniselepas pelancaran Terragraf bagi Komunikasi dan Facebook YTL, iaitu pasaran pertama di Asia, di Georgetown hari ini.

Ditanya sama ada wajib untuk RTM dan media milik negara lain untuk menerbitkan atau menyiarkan sebarang ucapan oleh seseorang menteri, Gobind berkata, "Ini liputan secara langsung."

"Saya telah meminta mereka untuk butirannya, terutama acara yang mereka diminta hadir, mengikut terma dan prosedur operasi standard.

"Saya perlu melihat perkara ini sebelum saya mengulas," katanya.

Sambutan rumah terbuka itu diadakan di Dataran Sentrio, Seremban dan dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, timbalannya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta anggota kabinet.

Untuk rekod Loke ialah anggota parlimen Seremban.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS