Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam gesa TPM, Anwar desak penubuhan RCI siasat salah laku hakim
Diterbitkan:  Feb 19, 2019 12:09 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

Peguam Sankara N Nair hari ini menggesa Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk mendesak penubuhan sebuah pertanyaan suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat badan kehakiman.

Ini susulan pendedahan hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer mendakwa terdapat komplot penipuan yang melibatkan ahli politik, sektor swasta dan hakim untuk menipu duit rakyat.

Selain itu, beliau dalam afidavitnya turut mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam perbicaraan Liwat II Anwar dan rayuan kes hasutan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sankara berkata Anwar dan Wan Azizah perlu membuktikan bahawa mereka serius dengan agenda pembaharuan sekarang memandangkan mereka adalah sebahagian daripada kerajaan.

"Banyak kali dahulu, ketika saya terlibat dalam kes (mahkamah) Anwar, Anwar dan partinya (PKR) dan Wan Azizah berulang kali memohon supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat banyak isu, ada yang kurang serius daripada ini.

"Saya menggesa mereka berbuat demikian memandangkan sekarang mereka berada dalam kedudukan untuk melakukannya," katanya.

Wan Azizah sebelum ini berkata bahawa adalah penting bagi kerajaan untuk "mengkaji" menubuhkan sebuah RCI, sambil menambah bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga sedia mempertimbangkannya.

Sankara berkata dengan dakwaan baru-baru ini, Pakatan Harapan, yang tidak membuat sebarang kemajuan besar dalam pembaharuan badan kehakiman, kini mempunyai alasan untuk berbuat demikian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS