Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ronald kekal pengerusi PAC walaupun sertai Bersatu
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 7:20 PM
Dikemaskini: 12:14 PM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak bercadang untuk menyerahkan jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kepada pembangkang walaupun pengerusi sekarang, Ronald Kiandee menyertai parti Bersatu.

Mahathir berkata janji Pakatan Harapan supaya PAC yang diketuai oleh pembangkang adalah "hanya dasar dan bukan sebahagian daripada perlembagaan."

"Dia (Ronald) akan masih (sebagai pengerusi PAC)," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya selepas menyambut penyertaan Ronald bersama Bersatu.

BN mencalonkan Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad untuk mengambil alih sebagai pengerusi PAC.

Walau bagaimanapun, Mahathir berkata BN memerlukan sokongan majoriti jika mahu membuat pertukaran itu.

Ronald kemudian memberitahu wartawan bahawa beliau akan mematuhi keputusan perdana menteri bahawa dirinya tidak perlu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Ronald berkata beliau akan meletakkan jawatan jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.

Melantik pemimpin pembangkang mengetuai PAC merupakan antara janji dalam manifesto pilihan raya PH.

Ketika masih menjadi pembangkang, gabungan itu mengkritik BN dan pengerusi PAC ketika itu, Hassan Arifin kerana menafikan siasatan PAC mengenai 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS