Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri: K’jaan yakin Agong atau PM tidak akan lakukan empat kesalahan ICC
Diterbitkan:  Mar 26, 2019 2:12 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Menteri Luar Saifuddin Abdullah diasak oleh ahli parlimen pembangkang berhubung keputusan kerajaan untuk meratifikasi Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Sambil memberi jaminan, tindakan itu tidak mempunyai kesan terhadap kekebalan Yang di-Pertuan Agong, katanya kerajaan yakin bahawa Raja-raja Melayu dan pemimpin Malaysia tidak akan terlibat dalam jenayah genosid (penghapusan etnik), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan yang ditetapkan oleh ICC.

“Kerajaan yakin bahawa Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja-raja Melayu takkan buat emapt perkara ini dan tak ada pemimpin negara ini terfikir pun nak lakukan epat perkara terkutuk itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Azalina Othman (BN-Pengerang) bangkit dan mempersoalkan apa akibatnya jika mana-mana pemimpin itu melakukan salah satu daripada empat jenayah berkenaan.

“Bagaimana jika salah satu daripada situatisi tersebut berlaku. Ktia ada sitem perlembanggan snediri... what if?” soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS