Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Khairy nakal - kereta terbang dalam semakan NAP untuk tujuan perancangan’
Diterbitkan:  Mar 27, 2019 2:16 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming hari ini menjelaskan rujukan kepada "kenderaan terbang" dalam dokumen kajian Dasar Kebangsaan Automotif (NAP) bertujuan mengundang perbincangan mengenai piawaian dan peraturan sekiranya industri automotif negara mahu menggunakan teknologi sedemikian pada masa hadapan.

Beliau menegaskan bahawa ini tidak ada kaitan dengan projek kereta kebangsaan ketiga ataupun ia akan menjadi kereta terbang.

Ong mengulas ciapan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang menghantar dokumen semakan itu di Twitter dan bertanya "Serius ke?" Ong menganggap ciapan Twitter Khairy itu sebagai "nakal".

“Adalah amat malang bahawa Anggota Parlimen (MP) Rembau Khairy Jamaluddin memilih untuk mengetengahkan satu rujukan kecil kepada teknologi khusus (bagi tujuan penetapan piawaian) dalam dokumen perbincangan, daripada memberikan perhatian terhadap cabaran lebih besar yang dihadapi, iaitu bagaimana untuk membangunkan dan mengembangkan seluruh landskap automotif di Malaysia.

“MITI terbuka untuk menimbangkan sebarang cadangan konkrit daripada MP Rembau mengenai sektor automotif,” katanya dalam kenyataan bagi menjawab ciapan Khairy di Twitter mengenai dokumen semakan semula NAP berhubung “kenderaan terbang”.

Ong berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menjelaskan suntikan dana sebanyak RM8 juta yang telah disalurkan untuk projek kereta nasional ketiga bukan untuk menghasilkan prototaip kereta terbang.

Malah Ong berkata, tidak disebut mengenai kereta terbang dalam projek kereta nasional berdasarkan dasar automotif yang dikaji.

“Saya raya perkara ini sesuatu yang perlu diperjelaskan. Ia (RM8 juta) digunakan untuk pembangunan prototaip.

“Sepanjang pengetahuan saya, prototaip tersebut tidak membabitkan kereta terbang,” katanya.

Pada Januari lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof mengumumkan peruntukan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip projek kereta nasional ketiga.

Komitmen Mohd Redzuan terhadap kereta terbang membuatkan ramai pihak menganggap projek kereta nasional itu adalah bagi menghasilkan kereta terbang.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri (MITI) komited untuk mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak berkepentingan utama mengenai semakan semula Dasar Auomotif Negara (NAP), yang akan memberi tumpuan terhadap keseluruhan sektor automotif, termasuk rantaian bekalan dan nilai.

Timbalan Menteri Dr Ong Kian Ming berkata semakan semula NAP masih dijalankan dan belum dimuktamadkan.

“Adalah amat malang bahawa Anggota Parlimen (MP) Rembau Khairy Jamaluddin memilih untuk mengetengahkan satu rujukan kecil kepada teknologi khusus (bagi tujuan penetapan piawaian) dalam dokumen perbincangan, daripada memberikan perhatian terhadap cabaran lebih besar yang dihadapi, iaitu bagaimana untuk membangunkan dan mengembangkan seluruh landskap automotif di Malaysia.

“MITI terbuka untuk menimbangkan sebarang cadangan konkrit daripada MP Rembau mengenai sektor automotif,” katanya dalam kenyataan bagi menjawab ciapan Khairy di Twitter mengenai dokumen semakan semula NAP berhubung “kenderaan terbang”.

Ong berkata dokumen itu adalah sebahagian daripada pembentangan oleh MITI kepada pihak berkepentingan dalam industri automotif yang terbabit dalam semakan semula dasar automotif itu.

Beliau berkata pembentangan itu mengandungi penafian yang dengan jelas menyatakan dokumen itu adalah draf dan disediakan hanya untuk tujuan perbincangan dan tertakluk kepada perubahan dan tidak diperakukan kerajaan Malaysia”.

Timbalan menteri juga berkata dalam dokumen konsultasi yang sama, perbincangan mengenai projek kereta nasional yang baharu fokus kepada teknologi baharu, termasuk jangkaan kenderaan generasi akan datang (NxGV), yang merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) selaras Revolusi Perindustrian 4.0 dan kecerdasan buatan, serta bercirikan mobiliti sebagai perkhidmatan.

“Tiada langsung disebut kenderaan terbang dalam perbincangan mengenai projek kereta nasional,” katanya.

“Slaid yang ditunjukkan oleh MP Rembau dalam Ciap beliau adalah di bawah topik kecil pembangunan ekonomi dan dalam konteks untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi bagi banyak jenis kenderaan termasuk NxGV, kenderaan komersial dan motosikal yang merupakan EEV dan/atau kenderaan elektrik.

Ong berkata kenderaan terbang dimasukkan dalam perbincangan itu bertujuan untuk menangani keperluan bagi piawaian dan peraturan sekiranya ada permintaan bagi aplikasi teknologi seumpama itu oleh industri automotif di masa depan.

Lihat Komen
ADS