Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih gesa SPRM siasat Idris janji kenduri kambing
Diterbitkan:  Apr 2, 2019 8:42 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

PRK RANTAU | Bersih menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas ketua menteri Melaka Idris Haron berhubung dakwaan pelanggaran peraturan pilihan raya.

Badan pendesak pembaharuan sistem pilihan raya itu berkata, Idris semalam berjanji untuk menaja dua ekor kambing untuk kenduri di sebuah daerah mengundi di Rantau boleh dianggap sebagai rasuah.

"Bersih menggesa SPRM menyiasat pelanggaran peraturan pilihan raya ini dengan mewawancara hadirin ceramah di Taman Angsamas dan wartawan yang membuat liputan program itu.

"Tindakan perlu diambil dan mahkamah perlu diberi peluang mendengar kes seumpamanya agar dapat menetapkan contoh bagi panduan perundangan bagi kesalahan pilihan raya," kata kenyataan media Bersih hari ini.

Dalam ceramah semalam, Idris berjanji kepada pengundi pusat daerah mengundi Angsa Emas untuk menaja dua ekor kambing untuk kenduri makan sekiranya calon BN bagi PRK Rantau, Mohamad Hasan mengatasi calon PH Dr S Streram dengan 300 undi.

"Kalau menang 300 undi saya datang, saya sponsor dua ekor kambing untuk kenduri di Taman Angsamas," kata Idris.

Berdasarkan data peringkat parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), BN sebelum ini tewas kepada PKR di Angsamas dengan majoriti 22 undi

Menurut Bersih, tindakan Idris itu dianggap rasuah di bawah Seksyen 101 (c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bersih juga menegaskan bahawa Seksyen 10 adalah merangkumi "sebelum, semasa atau selepas" pilihan raya.

"Meskipun kenduri itu dibuat selepas pilihan raya, niat rasuah bermula pada kempen pilihan raya," kata kenyataan Bersih itu lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS