Kehilangan paksa: Saya perlu lihat laporan dulu, kata IGP
Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata beliau tidak dapat memberi sebarang ulasan mengenai kesimpulan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa polis bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa membabitkan pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat sebelum .
Membaca laporan siasatan.
"Biar saya baca laporan terlebih dahulu sebelum saya keluarkan kenyataan rasmi,” kata ketua polis negara yang dipetik portal The Malay Mail.
Terdahulu hari ini, Suhakam mengumumkan kesimpulannya bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab terhadap kehilangan kedua-dua individu berkenaan.
Amri diculik pada akhir tahun 2016, manakala Koh setahun kemudian.
Fuzi, yang akan bersara sebagai IGP bulan depan, berkhidmat sebagai ketua Cawangan Khas pada masa itu.
Sementara itu, portal The Malaysian Insight yang menghubungi bekas IGP Khalid Abu Bakar, juga gagal mendapat ulasannya.
"Tanya kepada IGP, saya bukan lagi ketua polis negara," katanya.
Semasa membaca penemuan siasatan awam Suhakam hari ini, pesuruhjayanya, Mah Weng Kwai, berkata bahawa penculikan kedua-dua individu berkenaan dilakukan oleh ejen-ejen kerajaan iaitu anggota polis cawangan khas.






