Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Musa Aman buat pertama kali hadir sidang DUN Sabah
Diterbitkan:  Apr 16, 2019 11:45 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Bekas Ketua Menteri, Musa Aman buat pertama kalinya hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lalu dan persidangan pertama semalam merupakan satu-satunya Adun Umno di Sabah yang tinggal selepas semua rakan seperjuangannya berpaling kepada Bersatu.

Sebelum ini, beliau turut gagal hadir ke dua sesi sidang DUN yang diadakan tahun lepas dan turut menjadi Adun terakhir yang mengangkat sumpah pada 5 Sept.

Tahun lalu, beliau memberikan alasan gagal menghadiri mesyuarat dan lewat mengangkat sumpah atas alasan masalah kesihatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS