Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Konsert black metal anti-Kristian dibatalkan susulan bantahan gereja
Diterbitkan:  Apr 16, 2019 12:51 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Konsert "Devouror" oleh kumpulan black metal yang berpangkalan di Singapura sempena Easter, Ahad depan dibatalkan susulan bantahan daripada Majlis Gereja Malaysia (CCM).

Pembatalan diumumkan di halaman Facebook, penganjurnya, Goatlordth Records, malam semalam.

"Kami kecewa persembahan sulung Devouror di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan.

"Sebagai penganjur, kami sangat kecewa kerana persiapan hampir setahun menjadi sia-sia, sedangkan kami tidak bermaksud bergaduh dengan pihak berkuasa,” kata penganjurnya.

Mereka berkata, peminat muzik "ekstrim" telah dinafikan hak demokrasi mereka untuk menikmati minat mereka, dan menggesa supaya pelbagai citarasa kreatif diraikan.

Seperti filem seram, katanya, muzik oleh band seperti Devouror memang bertujuan untuk menjadi provokatif.

Semalam, CCM mempersoalkan kewajaran pihak berkuasa memberi lampu hijau untuk konsert "Devouror" yang didakwa mengandungi lirik "anti-Kristian dan pro-Setan".

Lebih-lebih lagi, kata Reverend Herman Shastri, persembahan secara langsung band itu akan diadakan pada hari paling suci kalendar Kristian, iaitu Easter.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS