Ahli perniagaan Low Taek Jho telah mengheret unsur perkauman selepas rakan sekutunya Roger Ng diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan berkaitan 1MDB.

Low yang menjadi buruan oleh kedua-dua Malaysia dan Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB, berkata adalah sesuatu yang mengganggukan apabila Washington bekerja dengan negara yang diterajui oleh pemimpin yang "anti-Semit" atau anti-Yahudi.

"Adalah mengganggukan bahawa rejim Malaysia sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dan hubungan dengan Amerika Syarikat sedangkan ia tidak berkongsi asas undang-undang yang sama mengenai hak asasi manusia dan apabila ia diterajui oleh pemimpin sendiri yang mengakui diri sendiri adalah anti-Semite," katanya melalui seorang jurucakap .

Low jelas merujuk kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang lantang membidas pencerobohan Israel terhadap Palestin sehingga menyebabkan beliau dilabelkan sebagai "anti-Semite".

Walau bagaimanapun, Mahathir menafikan Malaysia adalah anti-Yahudi atau anti-Semitik.

"Malaysia bukanlah anti-Yahudi atau anti-Semite, orang Arab juga orang Semite, tetapi kita berhak untuk mengecam tingkah laku tidak berperikemanusiaan dan penindasan di mana-mana, oleh sesiapa saja," katanya sebelum ini.

Ng, yang diekstradisi pada 3 Mei lalu, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah yang dikaitkan dengan 1MDB di mahkamah persekutuan di New York semalam.

Dia berdepan empat pertuduhan bersubahat dengan bekas majikannya, Goldman Sachs kerana memalsukkan maklumat dan fakta berhubung nota jaminan dan bon 1MDB berjumlah AS $6.5 bilion yang dikeluarkan antara tahun 2012 dan 2013.