Malaysiakini
BERITA

Keputusan petisyen pilihan raya parlimen Jasin dijadual 12 Jun

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Mei 2019, 3:35 pagi

Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan keputusan untuk Petisyen Pilihan Raya Parlimen Jasin dijadual pada 12 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Muniandy Vestanathan, yang mewakili calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi kerusi itu Khairuddin Abu Hassan, berkata perbicaraan bagi petisyen itu di Mahkamah Pilihan Raya di Melaka, tamat semalam.

“Seramai 44 saksi dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Sekarang hanya tunggu untuk penyerahan dan keputusan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada 6 Mac lepas Mahkamah Pilihan Raya di Melaka menolak bantahan awal anggota parlimen Jasin Ahmad Hamzah untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan Khairuddin selaku pempetisyen, sehubungan itu mahkamah menetapkan perbicaraan penuh bermula pada 11 Mac lepas.

Khairuddin dalam petisyennya menamakan Ahmad sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Jasin, Zamrud Yahya responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya responden ketiga.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.